Friday 26 September 2014

tak mungkin


sinar pelangi berwarna warni
kembali menerangi
tatkala hatiku sunyi sepi
kau bawa segala memori
yang pernah kita cipta dari hati

hari demi hari
aku menanti dengan penuh pasti
agar kau kembali tanpa sebilah belati
hanya aku harapkan setulus hati
untuk kita bersama hingga mati

namun ia hanya mimpi
ia takkan pernah terjadi
meski itu yang aku hajati
kau takkan pernah tunai segala janji
meski kau datang untuk melutut dikaki
kau tak mungkin aku tarima lagi

maafkan aku kasih
mungkin ini lebih pedih
dari apa yang aku pilih
bahagia atau sedih
aku rela tidak berkekasih.

-aRe-

Wednesday 24 September 2014

tiada harapan


pernah aku diduga
pernah aku ditanya
ke mana hilangnya segala cinta
ke mana lenyapnya semua rasa

bukan aku mengelak
dari memberi kebenaran yang benar
bukan aku berselindung
dari memperlihatkan segala masalah
aku cuma diam
agar aku tak lagi melakukan kesilapan

mungkin aku yang salah
mungkin juga dia yang salah
bukannya tiada yang mengalah
bukannya tiada yang beralah
cuma tidak mahu bertambah masalah

cukup sampai disini
ku biarkan rasa kasih bersemadi
ku biarkan rasa sayang pergi
ku biarkan rasa cinta terkubur mati

bukan tak peduli
tapi tidak mahu ada yang terasa hati
kerana kita tiada harapan lagi

-aRe-

Tuesday 2 September 2014

rindu!


rindu
bukan mudah berjauhan

rindu
bukan mudah hadir tanpa perasaan

rindu
bukan mudah dilahirkan tanpa perkataan

rindu
bukan mudah untuk aku rasakan

rindu
bukan mudah aku teruskan hidup tanpa berteman

rindu
hanya dirimu wahai kesayangan
baru aku mengerti kehadiran rindu
sakitnya tak dapat diungkapkan

-aRe-

Monday 1 September 2014

selamat malam sayang


selamat malam sayang
aku ucap dari kejauhan
tanpa menghantar pesanan ringkas
mahupun pesanan suara melalui whatsapp

selamat malam sayang
aku ucap depan potretmu
bersama air mata rindu
agar malamku lena sampai ke subuh pagi

selamat malam sayang
aku ucap selepas membaca pesanan pesananmu yang dulu
sumpah aku rindu
tapi aku tak mampu menjilat ludahku semula
biarkan ia menjadi sejarah jajahan yang paling bermakna

selamat malam sayang
ingat kata kataku
ingat semua tentang aku
walaupun kau sedang berbahagia

-aRe-

Sunday 31 August 2014

maafkan aku


sepi
tatkala hujan turun menemani
seakan akan memahami
segala yang berselirat dihati

sunyi
hanya lampu yang menerangi
kamar gelap yang tak berseri
seumpama jiwa yang berlari lari

lara
tiada siapa yang kata
kesakitan hanya untuk mereka yang bercurang dusta
tiada yang fikir pertaruhan cinta yang aku aturkan dengan dia

sedih
tiada apa yang lebih pedih
melainkan jalan hidup yang dituntun kembali seperti dulu

bukan mudah untuk aku lakukan ini
bukan mudah untuk aku bersikap begini
ini adalah jalan terbaik untuk kita
aku harap kau redha
maafkan aku
biarkan aku sendirian
pergilah kau mencari kebahagiaan

-aRe-

Saturday 30 August 2014

masa dulu dulu


awak,
ingat lagi masa dulu dulu
dimana matahari terbenam itu menjadi saksi
dimana saat itu kita baru berpacaran
dimana saat itu aku terpaut dengan keikhlasan hatimu
bukan dengan rupa parasmu

awak,
ingat lagi masa dulu dulu
kata kata awak sangat bermadu
manisnya mengalahkan gula gula kegemaranku
tiap tiap hari awak hadiahkan
agar awak senang dengan kehadiran senyuman yang aku ukirkan

awak,
aku tahu awak tak ingat semua itu
dimana bermulanya cerita kita
dimana awak letak kata kata awak yang menyanjung hubungan kita

tak apa,
asal awak tahu bagaimana sukarnya awak dapatkan cinta ini dulu
sebegitulah aku sanggup bertahan untuk mengukuhkan lagi hubungan yang kian goyah ini

-aRe-

Tuesday 26 August 2014

susah senang

manusia mudah lupa
apabila senang mudah mengabaikan yang susah

cakap pun main sedap tekak
bagai diri tiada otak
pemikiran makin rosak
umpama tempurung yang melindungi katak

kawan
ingatlah bahawa kehidupan kita tak sama
kesenangan dan kesusahna yang kita miliki
adalah berbeza
mungkin kau senang
tapi jangan mudah berkata kata seolah olah kita setaraf

fikirlah panjang panjang
fikirlah dalam dalam
tak susah
ianya sangat mudah
jangan kerana mulut badan binasa

-aRe-